Isnin, 12 Disember 2011

kepahitan diangkasa

entry kali ini takde kena mngena dgn cinta tp dgn kehidupan yg aku  jalani sekarang.
semester 5 hampir ke penghujung tapi konflik dalam rumah ni masih takde kesudahan..
aku..dia..dia..dia.. siapa yang harus dipersalahkan??
perlukah kita menunding jari terhadap dia?? terhadap dia..dia..dan dia..??
mungkin aku terlalu naif.. selalu menyalahkan diri sendiri jika sesuatu yang buruk terjadi
semuanya bermula dari "group"
yup.. group tutorial..subjek critical thinking..
yupp.. tengah critical ni dgn masalah.. semuanya bermula dari tugasan "brain drain"
aku kne part push factor.. memang part aku sangat penting.
aku berusaha cari dan bila siap aku terangkan kepada "leader" aku..
katanya "OK"..dia suruh aku letak sexual harassment dan aku pun letak..
sebulan lepas tu aku dapat mesej dari "leader" aku dye nak source.. haruslah aku blank..
mne nak cari sebab aku dah buang dr laptop aku.. kul9 pagi aku pinjam broadband myrumethosmetcosmetclasmetumet aku @nad sbb broadband ak dh lebih limit..
arahan tu penting beb!! "aku nak petang nanti!!" fine fine fine sebelum kul12 aku dah send sume source.
isnin datang...leader2 aku pun present.. slide presentation takde lak nak tunjuk..
discussion pun tak macam discussion..ahh..lantakla.. sape aku nak tegur diorang yg lebih cantik dan pandai dari kteorg???? bile lecturer tanye mane source presenter dok buat muka bengang kat aku sebab tak jawab soalan.. lecturer tanya group ok then kteorg memang tak tau la.. ingat kepala internet nak ingat semua tu..
sape present??? before present tak buat preparation ke??? naik atas buat muka bengang... excuse me???!!! ade orang kisah dengan muka bengang yang kau rasa lawa giler tu??? memey tak laaa... salah seorang ahli group datang complaint tak puas hati dengan cara leader. nak orang carikan statistik, tapi dah cari tak letak dalam report.. sape tak bengang?? susah2 je cari..
aku pulak rasa bersalah giler dan 2 orang hamba allah ni cakap tak perlu rasa bersalah pd orang macam tu.. ni kan keje grouping.. tapi aku kisah, yg penting aku nak mintak maaf. sekurang2nya lepas bagi pihak aku. aku sanggup letak ego ketepi.. tetapi aku dapat mesej dari leader aku "aku marah ko giler2, aku tanye ko, ko leh plak berborak dengan nad, ko buat kteorang mcm org bodoh kat depan tu".. fuuhhh.. bukan main mesej dari dia.. ko dari dulu memang jenis bercakap sedap mulut, ko tak fikir perasaan orang kan? ko nak je orang jaga perasaan ko??? bagus sangat la.. lepas kes tu banyak perubahan berlaku dalam rumah. masing2 tak bercakap dengan aku dan nad. yang pelik, ape kaitan dengan yang lain?? kenape perlu hal fakulti bawak balik rumah?? ko buat macam kteorang ni menumpang kat rumah ko.. itu tak boleh ini tak boleh.. aku malas nak mengungkit tapi nak ko ingat satu benda.. dulu masa exhousemate nak bawak masuk tv apesal ko beriya2 tak bagi?? kalau ko tak suka dye, ape masalah dye dengan kteorang?? baik buruk dye antara dye dengan Allah..kenape ko nk kecoh sampai ko nak semua orang pandang dye teruk?? kata2 ko memang manis mulut sampai aku pun pernah sangkut dengan ko.. haha..bodoh bile ingat balik. mse kteorg g umah dye nape meja yg kat luar korang g letak balik kt dlm bilik kteorg..sampai mcm tu skali.. now ape jadi???? mengadap je tv, sampai tilam,buku2, alat solek pun kat ruang tamu?? nape ko tak complaint??? sebab diorg sme taraf dgn ko kn?? tak mcm kteorg yg x bape cerdik ni.. asal ko tau,,,, setiap makhluk Allah ada perasaan.. walaupun ko pandai, tapi ko tak professional.. pas kes isnin tu, hari rabu kte ade discussion, ko langsung tak bagi pendapat, ko diam jer.. ko bercakap dengan diorang mcm kteorang ni tak wujud.. ko memang tak profesional la!!.. kalau ko dekan pun semester ni, sekuman pun aku tak respek ko.. sebab ko teruk pd mata aku.. tp seburuk2 ko ade kebaikan gak, aku tau... aku tak pernah lupakan semua tu.. tapi apa terjadi kali ni sangat melukakan hati aku. kerana kau terbaik, mudah je kau jatuhkan airmuka orang.. tolongla berubah.. ramai yg mengadu kat aku tak suka dengan cara kau bercakap, tindakan ko. mungkin ko rasa itu baik tp tak semua orang boleh terima cara kita.. saat ini, dah tawar hati aku nak mengadap ko.. cukup2 la ko buat muka meluat kat kteorang.. memang kteorg nak blah dari sini..sebulan je lagi.. ucapan aku pada kau 'semoga ko bahagia atas penderitaan org lain'

Isnin, 28 November 2011

aku percaya dia ikhlas..

semua ciri2 dibawah ni ada padanya...

1. Bersahaja
Dia tidak akan berpura-pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata-mata mahu menambat hati kamu. Sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan kamu.
2. Gembira Bersama
Tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. Ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika kalian bertemu atau menghabiskan masa bersama.
3. Terima Kamu Seadanya
Dia menerima kelebihan dan kelemahan diri kamu seadanya. Dia tidak memaksa kamu menjadi orang lain bagi memenuhi ciri-ciri pasangan idamannya.
4. Jujur
Baik dari segi percakapan mahupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus-terang dengan kamu. Kaki penipu biasanya bijak mengatur ayat manis tapi orang yang jujur akan menggunakan bahasa yang biasa.
5. Hormat
Di awal perkenalan sehingga kamu bersama sebagai kekasih, dia menghormati kamu dan tidak sesekali dia cuba mengambil kesempatan atau mengasari kamu dengan perbuatan atau percakapannya.
6. Bertemu Dengan Keluarga
Jika dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga kamu dan dia juga akan membawa kamu bertemu dengan keluarganya.
7. Tidak Menyembunyikan Kawan
Orang yang ikhlas mencintai kamu akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawankawannya
daripada kamu.
8. Mengambil Berat
Walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi kamu untuk bertanyakan khabar. Kesungguhannya mengambil berat ini membuktikan yang dia amat menghargai kamu sebagai pasangannya.

p/s: aku juga ikhlas kpdnya.. ilysm..

Sabtu, 1 Oktober 2011

10 oktober 2011

hari ni aku dan dia jumpa lagi.. sangat sweet moment hari ni. hanya kita yang tahu kebahagiaan kita.. terima kasih untuk hari ni fahmi..


terima kasih ye untuk hari ni.. walaupun kamu tertinggal bus pagi ni dan terpaksa beli tiket baru kamu masih hepi.. terima kasih kerana membuat aku bahgia denganmu...

Sabtu, 24 September 2011

hati seorang anak

malam tu terdetik dihatiku nak call mak dan abah.. walaupun agak lewat tapi aku nekad nak call jugak. jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.. adik aku jawab tapi dengan suara yang agak lain. masih terdengar bunyi bising.. aku pelik kenapa?? selalunya dalam pukul 10 mak abah dah tidur. bila bercakap dengan mak, aku dengar suara dia sangat lemah. tak macam selalu aku dengar sebelum ni.. bila bercakap dengan abah aku tahu dia tengah hispa rokok waktu tu.. abah akan hisap rokok waktu dia stress. aku pelik sangat.. malam tu aku tidur dengan seribu persoalan.. aku tahu mereka sembunyikan sesuatu dari aku.. lepas tu aku call MFH luahkan kegusaran dalam hati aku..

esoknya sebelum ke kelas aku call lagi.. aku pelik betul bila adik aku macam taktahu jawab setiap persoalan aku. abah lak hanya cakap semua ok.. aku takleh cakap dengan mak. bila aku desak jugak baru aku tahu mak aku kat kecemasan dan tengah terlantar sakit. hancur luluh hati aku saat tu.. aku jauh disana tapi mak aku sakit disini.. ya Allah, dugaan ini kau beri pada aku.. aku tahu aku kuat sebab tu Tuhan uji aku. dengan langkah longlai aku amik taxi jumpa lecturer dan terus ke pudu sentral amik bas. aku sangat celaru saat tu... 4 jam aku atas bas bagaikan 24 jam. lambat masa berjalan.. apapun terjadi aku kena jumpa mak aku.. pukul 10 aku sampai perlis terus aku ke hospital..

luluh hati aku saat tu bila tengok keadaan mak.. apa pun terjadi aku takboleh lemah depan dia.. aku tak boleh jatuhkan airmata aku depan dia. aku kena kuat depan dia walaupun aku lemah saat tu. nak je aku pindahkan setiap kesakitan mak pada aku.. aku tak sanggup lihat orang yang aku sayang sakit. malam tu aku jaga mak kat hospital.. aku akan menemani dia. semua keletihan aku letak ketepi..

esoknya mak x-ray untuk kali kedua. memang batu ada kat hempedu dia. dia kena operate bulan 11 nanti.. aku bagi kekuatan kepada dia. aku taknak dia terlalu fikir pasal bedah tu.. sebab dia ada darah tinggi. mak aku lemah sangat.. aku tau selagi ada batu tu dalam hempedu dia memang dia akan sentiasa sakit.. aku akan jaga dia..

tapi esok aku nak balik kuala lumpur.. berat hati aku nak tinggal dia esok.. tapi aku terpaksa. mak, jaga diri yer.. anis akan sentiasa utuskan doa untuk mak. kalau ada kelapangan anis akan balik perlis. mak kena kuat ye.. asal mak tahu, mak la nyawa anis...

Jumaat, 16 September 2011

preparation for tomorrow

esok MFH nak turn KL.. aku nak masak untuk dia sempena anniversary kali ke 6 nih.. aku taktau hadiah apa yang nak aku bagi kepada dia. kad ucapan mungkin lebih berharga dr sesuatu yang mahal? aku memang tak pandai nak pilih hadiah untuk dia.. kali ni aku plan aku nak bg kad dan msak makanan untuk dia. aku rasa macam ni lebih romantis.. dah 2 hari aku online just nak cari resepi.. biasalah.. aku kan pandai memasak (tangan didada Mata keatas) untuk sekian kalinya aku akan masak makanan ni.. selama ni aku tak pernah masak lagi. apa salahnya aku cuba.. aku sangat2 teruja nak masak kat dia.. semalam aku gi kedai beli bekas untuk letak makanan. aku beli 2.. cukup kot.. nanti tengahari aku nak kuar gi beli barang untuk masak... nak masak apa ye??

surprise!!
tunggu la esok... nanti aku upload.. :)

Selasa, 13 September 2011

meet him 11 september 2011

happy sgt dapat berjumpa MFH ahad lepas.. lucu sgt masa dia call bagitau dia amik tiket dari tempat dia ke KL kul6.30 pagi.. awai tuhh.. tak pernah dibuat dia selama ni. mula2 tu aku takmau percaya.. dia tuh suka sakat aku..bila dia buat suara serius,,,haruslah aku percaya..
tapi sayangnya pagi tuh aku lambat bangun.. iyela, hari sabtu kan aku jumpa member aku dari tengahari sampai malam. letih sangat rasa,,, tidur sampai tak sedar apa. agak lewak jugak tidur malam tu. hamapir kul2.. time tuh MFH pun duk tengok bola pastu terus senyap.. tertidur gamaknya... sebelum tu ada dia pesan mintak aku kejutkan dia kul7.30. tengah sedap tidur au boleh terjaga kul5.30 dan kejut dia.. (BERPEGANG PADA JANJI TAK??) huhu mujur first calling dia dah jawab call. kalau tak aku sambung tidur balik jawabnyer..hehe...
boleh pulak aku tertidur sampai kul8.40.. dia call kejut2 aku.. cam marah jer..hehe.. maaf ye sayangku... ngantuk la.. maaf cayang termungkir janji..memang cayang nak tunggu abang kat stesen titiwangsa tapi dah abg sampai dulu.. abg tunggu la sayang kat stesen IMBI.hehehe.. bila dia sampai aku terus salam dia.. kucup tangan dia.. serius cakap, aku takut sangat kalau dia marah atau masam muka.. aku takut mood aku pun terjejas pastu masing2 tak bercakap.. sangat tak best..
kteorang g makan kat low yatt.. sedap2.. pastu kteorang gi beli tiket wayang.. best sangat citer Hantu Bonceng.. memang tak nyesal la.. then kteorang main bowling.. 2 game beb.. okey, aku kalah.hehehehe.. saje jer kalahkan diri. wekk! erm..petang tu sedap jer dia tdur atas bahu aku. lenguh bahu aku dibuatnyer.. nak kejutkan tak sampai hati.. serius im happy with him.. muah!
sayang.. nak st65.. :(

Ahad, 11 September 2011

time square

10.9.11 kuar dgn kak cik n tashid.. best gak :)

tambah bila ingt zaman sekolah dlu..
sgt lucu..