Rabu, 31 Ogos 2011

sebak serabut sedih

takde perkataan yg dapat aku gambarkn saat ni.. mungkin dia akan lebih bahagia tanpa aku. kenapa aku tak sedar selama ni aku hanya menyusahkan hidup dia. aku terlalu nak dia jadi milik aku.. aku terdesak sangat kah? tahniah pada kawan2 dia yang dah berkawin dan bertunang. mungkin pada satu saat dia akan bertemu wanita yang lebih baik dari aku dan dapat diterima family dia. biarla aku bawa diri.. aku tak layak untuk lelaki sebaik dia.. aku memang tak boleh duduk umah malam ni sebab aku terlalu berharap dia datang umah aku.. biarlah aku pergi rumah sahabat aku supaya aku tak berharap dia datang untuk aku.. akan aku cuba pujuk hati aku yang remuk ni.. ya allah, berikan kekuatan pada aku di aidilfitri ni.. :(

Selasa, 30 Ogos 2011

RAYA PERTAMA

waaa.. letihnye.. dari pagi sampai tengahari nih x stop lagi.. ramai gak tetamu datang beraya. waahhh.. rajin ceq.. jeles tengok suami isteri bawak anak. best la... tolong kutip duit raya kat anak2.. eq tengok baby girl yang datang kebanyakan pakai baju pink. wahh.. sinonim betul.. nanti kalau ceq ada anak ceq taknak ajar anak ceq pakai pink sangat.. iyelah, bosan.... tukar kepada biru lembut ke... hijau lembut ke... purple ke.. kuning ke... tapi orang dulu cakap baby xleh terdedah kaler kuning nanti dia dapat penyakit kuning. erm.. boleh pecaye ke?? tapi tak salah kita pegang kan?? better elak dari terkena... wah... ceq mula melalut...

erm.. mana MFH nih... haishh... ceq dok tunggu nih.. semoga jadi la dia bawak keluarga dia datang umah ceq. ya Allah, permudahkanlah jalan kami untuk mendapat restu orang tua dalam perhubungan ini.. amin2.. :)

kita raya lagi :)

selamat hari raya aidilfitri.. alhamdulillah dapat gak menyambut aidilfitri bersama keluarga tersayang. mak, abah, ceq mintak maaf atas segala dosa ceq atas diri mak abh, maaf gak untuk adik2 tersayang..kalau kakak tergarang, tertengking, termarah.. kak cuma nak yang terbaik untuk adik2 kak. kak happy sangat hari nih.. akhirnya dapat lihat keakraban adik2 kak. kak sedih tengok adik beradik tak bertegur sapa. dua-dua kak sayang..tak boleh nak beza mana lebih mana kurang. sebab tu kak selalu marah2 sebab kak terluka tengok adik beradik tak bertegur sapa.. kesian kat mak abh.. abah pernah kata nak tengok anak2 dia macam dulu. alhamdulillah semuanya dah baik2 belaka.. abg sham, anis mintak maaf jugak. anis nak yang terbaik untuk abg, bila tu jalan yang abg pilih anis ok jer.. kalau abg gembira dengan apa yang abg ada, anis tumpang gembira. doa adik beradik abg.. nak tengok sedara darah daging dia gembira. semoga kita menjadi ahli keluarga yang gembira..
dear my MFH, terima kasih untuk aidilfitri kali ni kau masih bersamaku, menemani hari2ku.. dah 6 tahun sayang...aku bahagia menjadi kekasihmu.semoga aidilfitri akan datang aku tetap menjadi milikmu.. sayangku, maafkan semua salah silap dosaku sepanjang perhubungan kita.. maaf atas segala kekhilafanku atas niat atau tanpa niat. aku tak bermaksud melukaimu cuma aku manusia biasa yang kadangkala penuh ego dan marah. aku sayang kamu..
juga buat sahabat dan kawan2ku.. maaf andai aku terabai kalian, tak prihatin dan agak jauh dari kalian. sesungguhnya aku tak bermaksud.. semoga aidilfitri kali ini akan kembali bertaut dahan2 yang telah rapuh, kembali segar bunga yang layu.. 
selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.

menangis dulu baru ketawa

isnin 29hb ogos 2011
sedih sangat pagi tadi.. malas nak ingat balik sebab aku dah puas menangis. memang aku emo sangat sampai aku tak jawab call dia, aku tak baca mesej dia. aku sedih sangat2.. tapi takpela.. aku kenal diri aku. luka hati aku biar aku simpan jauh2 yang pasti petang tadi aku happy sangat.

aku ingat dia dah tak datang dah, dia datang gak.. mula2 masih ada marah tapi bila tengok wajah dia, hilang segala rasa marah, sejuk je hati nih. sian dia x sihat..dok batuk2 jer. nak jer aku jaga dia, picit2 dia, tapi kang free kena terajang dengan bapak aku.hehe
sweet sangat moment hari ni. masak sup sama2, berhidang, berbuka puasa sama2, bersama keluarga aku lak tu. dah rasa macam satu family. tambah bila my anak buah panggil dia pak ngah..hehe pas berbuka tengok berita jap then dia masuk bilik solat.
sayang, seandainya kau suami aku... :)
pastu dok luar rumah tengok orang main mercun, bergurau senda sambil dia usik2 aku. sian dia kena cubit.. sayang, aku masih belum puas bersamamu...alangkah indahnya kau milik aku yang sah :)
kul10.30 kita keluar p ekspo kat kechor. mau dua round dok pusing.. sesak betul.. thanx ye sayangku sebab sudi bayarkan.
kul12 kita g minum2 then kita dalam kul1.30 kita balik. sayangku.. aku masih merinduimu..
for you...


Ahad, 28 Ogos 2011

untuk kamu MFH ahad 7.02pm

Spring

Sampai Hati 

Tergamaknya dirimu menghiris hatiku
Tidakkah di hatimu punya perasaan
Sampainya hatimu meninggalkan aku
Di manakah janjimu yang setia

Betapa sepinya perjalanan hidup ini
Di kiri kananku penuh duri cintamu
Sampainya hatimu membiarkanku rindu
Kau terus menghilang tanpa berita

1
Entah mengapa rindu di hatiku masih di dada
Bukannya mudah nak kulupakan
Adakah tanda aku masih menyinta
Sedangkan engkau entah di mana

2
Hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaanku
Di tengah malam syahdu hatiku merindu
Sampai hati kau pergi tanpa pedulikanku lagi
Aku berdoa agar engkau bahgia

3
Biarlah aku abadikan cintaku yang setia...
Oh... kekasih
Segala kenangan menjadi rinduan
Cinta di hatiku seperti dulu

( ulang 2, 3, 1 )
you

are 

CHEATER!!!
you 

are 

LIAR!!

if i can do the same.....
but i can't!! 

Allah, please give me the way..

MATA

mata.....aku tak suka kalau mata asyik berkelip ja.. sebab tu petanda aku nak nangis. setiap kali mata kiri aku berkelip tak lama pastu ada je yang membuatkan aku menangis.. tapi..terdapat mitos lain tentang pergerakan mata atau anggota badan.. jum kita ushaaaa...

Di sini diperturunkan beberapa petanda yg berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita. Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata.

Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Lazimnya, manusia mengalami keadaan mata menjadi lamur dan berkunang-kunang walaupun bukan ketika sakit mata. Bagi orang melayu, penglihatan pada saat dan ketika tertentu mempunyai makna dan firasatnya yang tersendiri.

MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan  ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.

MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berkunang-kunang pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.
Banyaknya firasat Orang Melayu tentang mata memberi gambaran betapa pentingnya mata dalam mempengaruhi perlakuan dan tindakan manusia. Justeru ungkapan ‘ dari mata turun ke hati…’ mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan ada juga terdapat  firasat dan petanda-petanda pada anggota badan kita yang lain misalnya,
Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi kalau kaki gatal semacam maknanya tak cuci kaki bersih mesti dah ada ‘ulat air’lah tu…
Walaubagaimanapun kita hanya boleh membaca sekadar pengetahuan dan rujukkan kita semata-mata

peace!!...


Finally??

finally..
dia selamat sampi perlis kul3 pagi tadi. alhamdulillah.. mesti dia letih kan? biarla dia tidur puas2.. lagipun hujan nih. mesti sedap dia tido. yeah!! kejelesan mula hadir dalam diri.kihkihkih dia sedap tidor but aku sedap jer termenung fikirkan dia. awal betul aku bangun hari nih. taktau apa yang excited sangat. mungkin sebab nak jumpa dia jap lagi.. tapi dia nih dok tido jer. hmm...
wahh.. feeling sedih lak tengahari nih (now kul 12.42pm) tapi  MFH lom bangun tido lagi. dasyat betul dia tido.. tu baru dok sebelah, taktau la kalau dia yang drive dari KL balik perlis mau 24jam tido ape?? HAHAHAAH (GELAK jAhAt). dear, takmo marah2 ekk.. cayang gurau jer..
sayang nak kejut abg tapi nanti kang klu sayang kejut sekali dengan sahabat abg tu yang terjaga. sayang takmau la ganggu nikmat tidur abg saat ni..
cepatla bangun.. sayang tunggu abg.. dari tadi sayang dok tengok jam, tengok henfon.. kot la ada mesej dari abg. tapi takde..
sayang, agak2 plan kita petang and malam ni jadi tak?? sayang mengharap and sayang tunggu nih.. :)

Sabtu, 27 Ogos 2011

MFH, i need you :)

dear sayang,
sumpah ai mishh yew soo mach tp nape yew lambat balik. ai rindu sangat2.. yew saja nak main tarik tali dengan ai. tak baik tau.. haha :P
sayang, seandainya kau balik naik bas, mesti saat ni aku dah kucup tanganmu, aku peluk erat tanganmu. sumpah aku rindu.. tapi kau berubah keputusan. kau nak pulang dengan dia dan dia.. sape aku nak halang keputusanmu. kau dah cukup dewasa untuk fikir mana yang terbaik untuk kau dan aku disini sentiasa berdoa agar kau baik2 saja.
sayang, setiap detik aku melihat jam tapi aku rasa waktu sangat lambat berjalan. kau pun tahu aku mengharap sangat untuk berjumpa dengan kau hari ni, berbuka puasa bersama. tapi yang tak best aku tak dapat berpuasa jadi takde seri untuk kita berbuka bersama. sayangku.. aku rindu..
sayang, cepatla pulang... pulang dengan selamat ye bersama sahabatmu. dari jauh aku berharap kau merasa apa yang aku rasa.
sayang, dapat ke kita berbuka bersama esok? jadi ke kita pergi padang besar esok? salahkah kalau aku terlalu mengharap.. kesian aku kan?? hehe aku dah biasa dah ni.. mengharap sesuatu kemudian hampa.. hampa..dan hampa..
sayang, aku cinta kamu.. kau tahu kn? cepat balik ye.. aku rindu...


sayang, lagu nih untuk kamu..


Lagu Kangen Band Kembali Pulang


bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali
wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku
reff:
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan
wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku
repeat reff [2x]


Selasa, 23 Ogos 2011

preparations to celebrate 1 syawal

salam.. today ceq nk citer about RAYA (speaking london tp MUET dapat band 2 jer HAHAHA).. yang best tahun nih rumah dah dicat baru.. before nih colour orange tp tahun ni tukar kepada hijau manja (kata abah.. sebenarnya hijau lembut) dah 3 tahun tak cat rumah, tp tahun nih cat baru. apakah akan ada majlis istimewa? hahh..jangan nak mengharap sangat okey!!
tahun nih ceq rasa cam taknak beli baju raya (contoh baju kurung, kebaya atau jubah)..kenapa yek? entah la.. feel raya tak datang lagi.. mungkin 2 orang insan yang ceq sayangi tiada disisi lagi. ceq rindu nak main mercun dengan adik ceq.. rindu nak lepak dengan My Future Hubby (MFH) kat rumah sambil borak2.. yessss,, i'm so missing both of them so damn!! ceq rindu tengok MFH makan.. cute sangat2.. bila tengok dia makan ceq rasa macam ceq pandai masak (padahal mak yg masak) ahh... peduli ape.. janji ceq tolong kat dapur..

selalu malam hari raya aidilfitri jer mesti ceq bergaduh dengan MFH.. sebab hal remeh jer tapi ceq yang selalu amik serius (sume salah ceq!! huhh!!) selalu malam raya dia mesti berbuka dengan member2 dia and lepak.. ceq lak mudah terasa kurang kasih sayang, pastu mula la nak sentap.. nak dia berada depan mata ceq jer 24jam non stop.. kejam tak? (mesti MFH bosan ngadap muka ceq)
tapi lastly berbaik balik gak.. sebab finally dia tetap akan datang umah ceq gak walaupun lambat.tu yang ceq sayang sangat kat.. walaupun dia utamakan member dia tapi dia x lupa janji dia kat ceq. i love u so much!!

teringat satu kenangan bersama MFH.. (jum kite feeling sedih)

tahun pertama ceq sambut raya dengan dia, ermm.. masih still malu2 lagi tau.. malam raya baru ceq tau yang ceq takde sehelai pun baju raya (sedih tak??) memang sedih giler.. siap nangis2 lagi... apa lagi, ajak la MFH nih g kangar cari baju raya. tapi waktu tu dalam tangan ceq ada RM30 jer.. bayangkan mana ceq nak cari baju murah gitu?? pecut pi pekan kangar dengan MFH naik moto EX5.. dapat gak beli walaupun tak berapa lawa.. sedih tak citer ceq???  
masa petang hari raya tu MFH gi umah member dia, tetiba ceq dapat mesej dari dia "mi kat taman tak dapat pi umah ain malam nih sebab motor member rosak" (lebih kurang camtu la mesej ceq dapat) dia nak hantar kat si ain tuh tapi terhantar kat ceq.. tragis betul malam tu tau...  sedih tol ceq, disaat cinta tengah memutik terjadi cenggitu pulok. nak undur diri hati dah sayang.. so, protes la. sadis kan?? 


sampai sekarang ceq tak tau siapa ain tu.. ceq pun tak mau tau sebab ceq rasa mesti dia lebih hebat dari ceq. tak silap ceq dia student uitm shah alam (MFH yg bgtau diorang kenal kat stesen bus). waahh.. nak compare dengan ceq waktu tu hanya SPM jer (tu pun belum amik exam lg,HAHA) memang bak langit dan bumi. memang tak sedor diri tol ceq nih kan?? tapi masa first couple ceq tak terpikir pun pasal jurang nih.. memang patut orang tak suka ceq dengan dia.hahaha 

giler merepek ceq citer!! dah, continue our topic...
kuih raya?? memang takkan la.. ceq memang tak pandai buat kuih raya okey! goreng pisang pung ceq tak pandai. (tapi ceq janji akan belajar memasak untuk memikat hati suami).. rasanya tahun nih biskut raya semua beli. cadangnye nak buat bihun sup.. mudah- mudahan la. amin2..  hahh.. tadi petang ceq ada beli pelita. boleh la pasang malam esok. tadi lupa beli minyak gas.. tinggal kasut raya jer lom beli lagi. ceq ada nampak kasut comel kat belakang the store kangar. nanti ceq gi beli okey!!

esok nak pasang langsir.. ishk..malas betul ceq nak buat tau.. tapi takpe la,, setahun sekali jer.. tol tak? erm.. semoga hari raya tahun nie ceq lebih bahagia bersama keluarga dan kawan2. please doakan yang terbaik untuk ceq...

Sabtu, 20 Ogos 2011

tiada rahsia antara kita awie wings ( lirik )

Tajuk/Lirik Lagu: Tiada Rahsia Antara Kita

Penyanyi: Awie

Oh…
Mengapa aku
Dilukai, didusta, dipenjara
Begini

Oh…
Cinta
Manisnya jika tiada
Rahsia antara kita

Tabir di wajahmu
Tak mungkin
Sembunyikan rasa (kebenaran)
Namun apa yang kau lakukan padaku
Memerlukan penjelasan

(*)
Demi cinta
Tak pernah aku mengkhianatimu
Janji, kugenggam
Hingga terbukti nyata

Demi cinta
Tak pernah aku curigaimu
Namun apa yang kau lakukan padaku
Adalah penyiksaan
Ku bagai biduk
Yang kehilangan arah
Menentang arus

Oh… oh…
Mengapa aku
Dilukai, didusta, dipenjara
Begini

Oh…
Cinta
Manisnya jika tiada
Rahsia antara kita

Segala gerakmu
Di dalam perhatianku
Namun kau buatku
Bagai tak wujud disisimu

(Ulang *)

PUASA 2010 VS PUASA 2011

whats up!
today i will talk about PUASA (haha speaking pulok) 
puasa tahun ni agak best la.. tapi puasa tahun lepas sangat2 tak best. berpuasa di perantauan sangat menyeksakan pada makhluk yang susah bangun sahur cam ceq nih.. sahur adalah sunnah, walaupun bukan wajib tapi amat digalakkan untuk bangun sahur. ceq ni plak jenis perut tangki kapal, harus kena makan. kalau tak memang nangis lapaq..hehe banyak nangis boleh membatalkan puasa tau! memang ceq nih kena sahur. yang menjadi masalahnya ialah................. ceq SUSAH BANGUN dari tidur!! adoii.. memang nazak la kalau nk bangun tu.. bila berpuasa kat KL tahun lepas, dapat pulok housemate jenis tak sahur. memang tension!! tapi takkan ceq nak paksa diorang bangun sahur kot?? takkan la... so, sikitsebanyak telah bagi efek pada ceq. memang letih la sahur makan megi jer.. eee...muak tau! buka puasa pun makan megi. kalau rajin sikit baru masak atau g bazar ramadhan tapau makanan. tapi ceq prefer beli kat bazar jer sebab ceq boleh makan apa ceq nak, tapi memang lari bajet la.hehe.. teringat masa tunggu time azan, masing-masing muka letih jer.. iyelah, balik kelas kan. paling tak best nak berbuka puasa pun nak bermasam muka. ntah pape.. adat berkawan ada pasang surutnya. bila masing2 stress mula la sensitif.  tapi ceq memang sayang housemate ceq. HikHIKhIK.. the past is past.. forget it!! (huii.. speaking lagi) huhu.. 

puasa tahun lepas rasa dekat sangat dengan my future hubby. berkongsi rasa yang sama bila terpaksa tapau makanan untuk berbuka.. yang lagi sadis bila dengar lagu raya.. housemate ceq nih lak baru puasa pertama dah pasang lagu raya. kejam dak??? mujo ceq nih penyabar tau! kengkadang jer penyapu! hikhikhik setiap kali dapat call dari mak abah tanya berbuka makan apa, memang SEDIH giler.. rindu masakan mak.. mak masak sedap.. rindu dengar diorang kejut ceq  bangun sahur. sob..sob...

lebih kurang camni ar ceq nangeh... cute dok??haha
sedih woo berjauhan dengan family.. nak main bunga api.. mercun... ishk..ishk..


alhamdulillah tahun ni dapat ceq berpuasa bersama family.. memang agak best! tapi berjauhan dengan si dia lak.. adik bongsu lak dok maktab.. sedih gak..huhu takpela.. janji rapat dann dekat dengan my family... next entry nk citer psal preparation raya lak.hehe 

p/s: agak2 tahun nih puasa penuh tak?? no komen.. werk! huhu




Jumaat, 19 Ogos 2011

MAAF dari HATI

maafkan aku yang selalu marah-marah,
maafkan aku yang membebel tak sudah-sudah,
maafkan aku yang taknak mengalah,
maafkan aku,
aku yang salah..

aku selalu buat kau bosan,
aku selalu buat kau tertekan,
maafkan aku,
aku yang tak perasan..

 maafkan semua kekhilafan itu,
tak pernah terniat menyakiti hatimu,
mungkin emosiku yang tak menentu,
kerana terlalu mengharap kau jadi milikku..

mungkin bukan masanya untuk kita,
mungkin ada untuk kita,
mungkin tiada untuk kita,
namun aku tetap mengharap kita bersama,
menjalani hari muda dan hari tua..

terlalu lama kita bersama,
tangis sendu dan gelak tawa,
hanya kita berdua yang rasa
betapa bahagianya kita..

namun dugaan sentiasa datang,
menguji aku yang belum matang,
namun yang sebenarnya ujian itu adalah peluang,
agar aku lebih kuat pada masa mendatang,

akan ku pujuk hati yang sepi,
akan ku bawa lara pergi,
akan ku jalani hari yangsunyi,
tanpa dia disisi..

aku perlu kuat,
menjadi wanita hebat,
yang akan dia ingat,
saat hilang semangat..

Gadis, tegarkan hatimu untuk dia.. jangan kerana marah, ego dan dendam yang kau simpan akan mengikis tembok cinta yang telah dibina selama 6 tahun. buanglah segala sesalmu, lupakan segala silap itu dan maafkan dia dengan seikhlasnya. disaat itu baru kau merasakan betapa tenangnya hatimu tanpa rasa yang menyakitkan. k dia pasti akan menghargai tindakanmu.. bersabarlah gadis.. 


Seperti Semakin Jauh


kau, aku, dia dan mereka.. semuanya mempunyai hati.. semuanya memiliki perasaan.. kita semua mengadap kearah kiblat yang sama. tetapi kenapa antara kita perlu ada rasa saling membenci? benci merupakan suatu perasaan yang datangnya dari hati.. hati... kadang2 kita merasakan diri kita sangat sempurna namun fitrah manusia yang tidak ada sempurna diatas bumi Allah ini. Namun Allah mencipta makhluk-makhluknya indah2 belaka..apabila kita merasakan kita mempunyai segala-galanya, wajah yang cantik/kacak, duit yang banyak, kasih sayang yang cukup dan kesihatan yang baik, kenapa sukar untuk kita bersyukur atas pemberian dariNya?? kenapa kita mudah leka atas kesenangan yang telah Allah limpahkan?

"Kun fayakun:" serangkap ayat al-quran diakhir surah yassin yang bermaksud ketetapan yang ditetapkan Allah terhadap makhluknya.
 
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
 
sesungguhnya setiap nikmat yang diperoleh sesungguhnya dariNya. jika Allah ingin menarik kembali segala nikmat yang telah diberikan, sekelip mata ianya lesap.
 
bukan niat aku untuk menjadi ustazah dipetang jumaat ini, tetapi aku ingin berkongsi rasa yang mungkin dapat kita sama2 muhasabah diri kita. seperti yang dikatakan tadi, kau,aku dan mereka semuanya tidak ada yang sempurna. kerana itu kita harus bersyukur dengan usia yang diberikan Allah terhadap kita. kita telah diberikan kesempatan untuk memperbaiki segala ketidaksempurnaan yang ada dalam diri ini.  syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat islam. itulah janji syaitan yang telah diusir oleh Allah dari syurga. dan aku juga antara hamba Allah yang telah diuji.. pelbagai kekhilafan telah aku  lakukan. namun Dia memberiku umur yang panjang untuk aku berubah menjadi makhluk yang berguna disisNya. insyaAllah... alhamdulillah aku dapat menikmati umur 22 tahun pada 8 ogos 2011. terima kasih kepadamu ya Allah.. aku masih diberi kesempatan untuk melihat keindahan bumi ciptaanMU. sesungguhnya ruang yang paling besar adalah ruang untuk memperbaiki diri sendiri.


terima kasih atas kurniaan dariMu selama ini..

p/s: nukilan ikhlas dari hati aku yang selama ini alpa dengan "ujian" dariNya. semoga aku menjadi insan yang baik pada hari yang akan mendatang..




tidur.. tidur.. tidur.. zzzzz...

alolo... cute dop??

nape entry kali ini bertajuk "TIDUR"?? adakah krn ceq kuat tidur? kucing ceq suka tidur? sayang ceq kaki tidur? atau ceq susah tidur? erm..... no komen! (bajet artis lak takmo komen2 HAHAHA)

antara lelaki dan perempuan, siapakan yang paling kuat tido?? (jum kte main teka teki pulok)
boleh tak ceq jawab lelaki yang kuat tido?? yeah! itu jawapannya.. huhu kenapa ceq cakap lelaki?? ada sebab-sebabnya.. melaui pemerhatian ceq, kebanyakan lelaki yang kuat tidur. kekadang dalam kelas masa tengah lecturer membebel kat depan, ada gak budak2 lelaki tidur kat belakang.. WHY???? banyak buat assignment? dah tu student girl takde assignment?? aaa.... mesti ada ektibiti malam2..tapi apa?? lepak kan? kan? kan? aloohh... ngaku jer la... btw, normal la lepak2 tu tapi kalau nak tidur pun tengok keadaan dan waktu jugak. ok? huhu

kenapa sesorang tu kuat tidur?

::kuat bekerja
::banyak berfikir
::kurang minum air
::bosan (takde keje nak buat)
::tak cukup rehat
::malas mandi
::memang kaki tidur.hahaha

so, bagaimana nak mengatasi masalah ini?? erm... jap ceq nk fikir..














hmmm... ape hah???






tidur....


Tidur satu nikmat Allah yang ada kaitan dengan ketenangan hidup, wujud bersama kelahiran manusia. Orang yang dilahirkan buta tidak berupaya menggambarkan keindahan nikmat celik mata, yang berwarna-warni dan deruan ombak di tepi pantai atau keindahan awan berarak, matahari yang sedang menyusur langit, tenggelam di hujung langit. wahhhh... gitu mukadimahnya... 




tapi ape cara nk mengatasi.. memang ceq tengah buntu. tapi ceq cuba fikirkan yang terbaik.

  • banyak2kan berZIKIR. insyaAllah.. kurang rasa nak tidur..(ni nak atasi masalah kuat tidur ke sukar tidur?hahaha)
  •  bergantung kepada faktor kuat tidur tadi, cara mengatasi mudah aje...jangan   banyak fikir, banyak minum air. lakukan aktiviti berfaedah, lakukan aktiviti yang dapat menguatkan stamina (excercise), rajin mandi dan hindari kawan2 yang kuat tidur.HAHAHA
 jum..ceq nak sambung tidur.. ngantuk...

"kucing siam kuat makan,
betulkah tidur petang menggemukkan?"

wahh..pantun gitu..

persoalan yang sukar dijawab.. ! k, bai!

p/s: entry ni takde kena mengena yg hidup tau yg mati. huhu



GADIS LEO VS JEJAKA CAPRICORN

Aku Si Gadis Leo

 disebabkan ceq ni berZODIAK LEO, meh ceq story skit karektor gadis LEO nih. sumpah ceq tak tipu tau.. jgn dsebabkan ceq zodiak LEO ceq nak inform yg baik2 jer.. takmau2... baik buruk sumer ceq taruk. pada BOY yg nak ngorat gadis LEO, apa lagi..... ZASSS...!!!

firstly kita tengok kebaikan dulu


  • kebiasaanya wanita LEO nih punya perwatakan yg lebih menonjol berbanding wanita zodiak lain
  • kalian gak sukar bertemu wanita LEO yg pendek
  • apabila wanita LEO berjalan-jalan, dia berjalan seperti seorang permaisuri atau ratu dengan penuh percaya/yakin diri, dia tidak akan menoleh kiri atau kanan, bagai tiada apa-apa disekitarnya dan tidak mengikut mode
  • dia agak artistik dan sukar dijangka
  • romantis
  • tidak pemalu
  • mesra
  • menunjukan sifat mendalam terhadap sesuatu yang disukainya
 lets look yang keburukan plak
  • susah menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar
  • suka berterus terang dan tidak suka berselindung menyebabkan orang yang dikasihi berasa sedih dan terhiris
  • gadis leo tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan dengan apa jua masalah seperti mudah berubah hati terhadap pasangannya
  • lebih mementingkan persahabatan dan rela mengorbankan cinta hanya untuk sebuah persahabatan
  • seorang yang sangan keras kepala
jom layan tips how to ngorat gadis berzodiak LEO
  •  anda HARUS sabar dan take time sepanjang mungkin kerana dia sangat memilih mengenai orang yang berkenalan dengan dia
  • dia berfikiran terbuka TETAPI tidak akan membiarkan orang terlalu dekat dengannya.
  • dia sangat suka berada ditempat yang romantik
  • pakailah perfume yang soft (TIDAK TERLALU KUAT BAUNYA) kerana si gadis LEO sangat tidak selesa
  • pandang mata dia dengan yakin kerana dia lebih suka pada lelaki yang yakin pada diri
  • turuti apa jua kemahuan gadis LEO ini, lama-lama dia akan jadi ais yang cair dan akan membuat anda bahagia

 now kita tengok ---->>>>


Si JEJAKA yang berzodiak Capricorn



  • Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .
  • Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .
  • Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .
  • Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .
  • Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .
  • Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .
  • Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .
  • Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .
  • Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .
  • Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.

Rabu, 17 Ogos 2011

"Penantian Seorang Gadis" ~_~

kenapa kasi nama Penantian Seorang Gadis? waduh2... guane nak explain yek.. ekceli, ceq pun xtau nak kasi nama apa.. segan pulok nak letak nama sendiri. bukan apa, ceq takmau la jadi artis diusia muda cenggini (padahal takde follower pun! haha) ok2, kali ni ceq nak serius..

sebagai seorang gadis, pasti banyak impian yang diingini..  usah jadi manusia andai hidup tanpa impian dan cita-cita. sebenarnya angan-angan sangat diperlukan dalam menjalani kehidupan sebagai makluk Allah dimuka bumi ini. tetapi harus diingat, usah menjadi seperti Mat Jenin yang mengangankan sesuatu yang teramat besar, hidup dalam khayalan tanpa usaha apatah lagi doa kudus kepada penciptaNya. meskipun ia hanya sebuah kisah dongeng namun jadikan itu sebagai panduan dalam mengorak langkah atas dunia yg penuh pancaroba ini (hualamakkk... pe ceq dok melaluit nih hahh?? sabo jer laa!)

mesti kalian merasakan ceq sedang menanti cowok-cowok gantang datang melamar, pasti ada yang menganggap ceq ni pemburu cinta, yang menanti Cinta Sejati. OMG!! takper.. teruskan judge me okey! sebenarnya banyak benda yang ceq impikan, ingini, mahukan.. banyak sesangat! sekarang ceq berusaha dapatkan sekiranya Allah itu mengizinkan.. makanya ceq jadi seorang gadis yang menanti.. yang menanti impian dan cita-cita terkabul. insyaAllah... so, terciptalah "Penantian Seorang Gadis"

apa yang ceq nak?? uihh.. syok soalan ni.. tambah lak kalau jawab soalan ni atomatik leh jadi kenyataan. kihkihkih impossible la.
  1. dapat kerja
  2. dapat duit
  3. tolong parent & adik beradik
  4. ada rumah
  5. ada kereta
  6. ada harta
  7. ada keluarga
yang pertama tu penting babe, takde yang pertama susah la nak dapatkan yang kedua dan seterusnya.. semuanya berkait.. sebab tu ceq selalu memotivasikan diri sendiri. almaklumlah.. ceq pernah gagal suatu ketika dulu, tapi the past is past! now, looking forward! sekarang dah ada peluang belajar kat Menara Gading nuh, belajar tol2.. takmau dah main2.. sumpah ceq serik.. sekarang penantian seorang gadis ni ialah nak dapat dekan, insyaAllah, nak naikkan pointer, insyaAllah, dan nak cepat2 dapat ijazah,insyaAllah.. bila semuanya baik2 belaka, insyaAllah mudah untuk ceq get  the job! and then get the money! kata orang "WANG BUKAN SEGALA-GALANYA" kata mereka "WANG TAK BOLEH BELI CINTA DAN KEBAHAGIAAN".. pada ceq, ni ayat orang yang malas berusaha, mudah berputus asa, orang yang taktau bersyukur, taktau menghargai sesuatu dalam genggaman..

pada ceq, SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG! jangan hipokrit la nak menyangkal statement nih.. nak mati pun perlukan duit.. kain kapan, keranda bagai... so, jangan menyusahkan orang lain dengan prinsip wang bukan segala2nya tuu..(macam kejam jer ayat ceq nih) masih teringat 1 moment lucu masa kat KLCC suatu ketika dulu..
                 ....................masa jejalan dengan my future hubby kat tingkat bawah tu, tetiba rasa nk ke toilet.. dengan bergayanya melangkah masuk toilet sebab dah tak tahan. sampai depan pintu tandas de kakak ni jaga tandas. eh, pelik gak.. sejak bila tandas kat KLCC kena bayar ni.. before ni tak pernah pulok. baru teringat rupa-rupanya before nih selalu pegi tandas tingkat atas. so,nak taknak kena bayar la.. bukan 20sen ok.. RM2. huii...mahal2.. boleh beli tiket LRT dari Masjid Jamek ke Stesen Universiti!!.hahaha....................... moral of story-->> NAK BUANG AIR PUN KENA BAYAR! klu xnak, kuar jejalan pakai pampers.haha

Bang, muka kacak duit takde tak main babe.. kekacakkan lelaki terletak pada poketnya!! (gila ganaih ayat ceq nih) seyesli... ceq x suka lelaki yang bajet je  hensem tapi habuk pun tarak.. please, be a goodman. takkan kuar dating awek sponser semuanya?? nanti dah de anak isteri nak bagi diorang makan ape? abang2 sekalian, lu pikir dengan muka lu yg hensem boleh beli beras sekilo? lu kasi ayat "kasi beras sekilo tp gua takde duit, gua ade rupa".. agak2 lu lepas tak? lu pikirla sendiri! (cam prejudis je aku nih)



ade lak cakap WANG TAKKAN DAPAT MEMBELI KEBAHAGIAAN.. ni mesti cinta jarak jauh nih.. ada wang pelepas habuan bil telepon je.. gitu dop?? haha takkan takde rasa nak bawak chikaro tengok wayang ke, g shopping ke.. bahagia ke setakat mesej jer? setahun dua boleh kot tahan... tak gitu? bagus la klu wujud manusia cenggitu lagi di zaman ini.. tapi tindakan tu agak tak menjana ekonomi negara.hehe

jadi wanita "kuat". kuat dari pelbagai segi.. kuat mental dan fizikal.. sabar menjalani kehidupan ni. jadilah wanita yang berdiri diatas kaki sendiri. tidak terlalu bergantung kepada lelaki 100%. jadilah wanita yang bekerjaya. apabila sudah berumahtangga, sedikit sebanyak dapat membantu suami.. membantu keluarga. sekurang2nya apa yang kita hajati akan dapat kita penuhi melalui hasil titik peluh sendiri.. tidak menyusahkan siapa-siapa. pasti akan ada yang mengatakan "apa guna ada laki tak boleh bagi apa bini nak".. amboi2.. kata-kata itu sedikit sebanyak telah membuka aib suami. sesungguhnya Allah melaknat isteri yang menceritakan aib suami kepada orang lain. disinilah peranan kita sebagai wanita berfikir sejenak. hanya suami seorang je yang bekerja, nak kena bayar rumah, bayar kereta, beli barang keperluan rumah, susu anak, belanja anak.. bantulah suami anda.. pasti dia akan rasa bertuah dan berbangga mempunya isteri seperti anda. sebelum kahwin tak fikir panjang, bila dah kawen mula merungut itu dan ini.. mari sama2 kita muhasabah diri.. minta petunjuk dariNya mana baik dan mana buruk. insyaAllah...

penat tol melalut.. next tima jumpe lagi ok.. renung2kan dan selamat bramal.. before tamat entry ni, nak kasi pantun la...

"Titi Tinggi takde titi,
jangan amik hati"

wasalam.. :))

Selasa, 16 Ogos 2011

CUTI SEMESTER

waduh2.. this first time nak coret cirit blog nih. Siyesli, sy memang tak pandai menulis tp bila dpikir2 semula, de gak advantage nih..  setiap moment pahit manis akan sy paparkan disini. this my blog.. suka suki jejari ni la nk coret cirit apa pun.. tak gitu..hehehe

dah hampir 4 bulan dh sy kt kmpung halaman ni. memang best la.. orang cakap..
"buat ape dok rumah jer cuti2 cenggini, keje la wei.. de gak income masyukk" 
wahh.. bukan main nasihat sy.. hello kawan, sy kat rumah ni, kalian ke yang tanggung makan minum sy?? lalalala.. thnx la nasihatkan tapi kak, biar dengan cara yang elok.. macam riak pun ada intonasi tu.. macam nak menunjuk pun ada.. tp.. ada sy kisah?? takkan..

meh sini ceq nak citer kat kak..
macam kak tak tau ceq ni dok study kt KL nuh.. bukan Kodiang Lama ye... nun di kolumpoq nuh.. bukan selalu ceq buleh  balik perlis. ceq kan student, nak balik pun kena tengok timetable bagai.. kengkadang bila rindu nak balik kampung tetiba lecturer bagi test pulok.. tetiba tiket bus sold out pulok (time raya selalu sgt), atau alasan paling mudah pitih takdok.. yela.. ceq kan student, makan minum mau kena catu la.. so, alang2 dah cuti nie baik ceq dok kampung.. berbakti kepada emak abah di kampung. diorang pun rindu anak2 diorang ada dirumah.. tak caya tanya ibu bapa korang?? kehkeh

de gak suara merdu cakap cenggini...
"ko takpe la MARA  masuk tiap2 bulan.. tak keje pun takpe"
meh ceq nak jawab.. kak.. bunyi cam pasrah jer?? cam jeles pun ada.. gitu dop??kehkehkeh.. nak buat guane rezeki ceq dapat MARA ceq terima la.. bukan biasiswa pun.. nanti ceq kena extend duit tu gak ceq nak guna..nape, kak nak tanggung ceq ke bila extend nanti?? klu ye..cakap awal2... boleh ceq enjoy duit yg ada sekarang (padahal kering je akaun tu) hahaha

masa cuti semester ni memang best sebenarnya.. tambah lak layan anah buah yang comey lotey tu... ee..geram!! cam nk tumbuk2 jer....






comey dok?? hikhikhik ni la buah hati sy selama 4 bulan.. kalau dia takde sehari memang x bleh tido.. gambar ni di ambil masa kat tasik melati.. owh, lupa lak nak introduce..nama dak nih PUTERI AIRIS BATRISYIA.. umur baru masuk 2 tahun tapi manjanya macam baby umur 2 bulan.. mak ngah saaaayang puteri.. besar nanti jadi wanita berguna yer..huhuhu..

tetiba teringin lak nak ada anak.. opss! kegedikkan semakin memuncak.. sebelum termuntah, baik sy tamatkan entry ni dengan serangkap pantun..
 " anak kucing makan maggie,
  nanti jumpe lagi.. "
huahuahua