Sabtu, 24 September 2011

hati seorang anak

malam tu terdetik dihatiku nak call mak dan abah.. walaupun agak lewat tapi aku nekad nak call jugak. jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.. adik aku jawab tapi dengan suara yang agak lain. masih terdengar bunyi bising.. aku pelik kenapa?? selalunya dalam pukul 10 mak abah dah tidur. bila bercakap dengan mak, aku dengar suara dia sangat lemah. tak macam selalu aku dengar sebelum ni.. bila bercakap dengan abah aku tahu dia tengah hispa rokok waktu tu.. abah akan hisap rokok waktu dia stress. aku pelik sangat.. malam tu aku tidur dengan seribu persoalan.. aku tahu mereka sembunyikan sesuatu dari aku.. lepas tu aku call MFH luahkan kegusaran dalam hati aku..

esoknya sebelum ke kelas aku call lagi.. aku pelik betul bila adik aku macam taktahu jawab setiap persoalan aku. abah lak hanya cakap semua ok.. aku takleh cakap dengan mak. bila aku desak jugak baru aku tahu mak aku kat kecemasan dan tengah terlantar sakit. hancur luluh hati aku saat tu.. aku jauh disana tapi mak aku sakit disini.. ya Allah, dugaan ini kau beri pada aku.. aku tahu aku kuat sebab tu Tuhan uji aku. dengan langkah longlai aku amik taxi jumpa lecturer dan terus ke pudu sentral amik bas. aku sangat celaru saat tu... 4 jam aku atas bas bagaikan 24 jam. lambat masa berjalan.. apapun terjadi aku kena jumpa mak aku.. pukul 10 aku sampai perlis terus aku ke hospital..

luluh hati aku saat tu bila tengok keadaan mak.. apa pun terjadi aku takboleh lemah depan dia.. aku tak boleh jatuhkan airmata aku depan dia. aku kena kuat depan dia walaupun aku lemah saat tu. nak je aku pindahkan setiap kesakitan mak pada aku.. aku tak sanggup lihat orang yang aku sayang sakit. malam tu aku jaga mak kat hospital.. aku akan menemani dia. semua keletihan aku letak ketepi..

esoknya mak x-ray untuk kali kedua. memang batu ada kat hempedu dia. dia kena operate bulan 11 nanti.. aku bagi kekuatan kepada dia. aku taknak dia terlalu fikir pasal bedah tu.. sebab dia ada darah tinggi. mak aku lemah sangat.. aku tau selagi ada batu tu dalam hempedu dia memang dia akan sentiasa sakit.. aku akan jaga dia..

tapi esok aku nak balik kuala lumpur.. berat hati aku nak tinggal dia esok.. tapi aku terpaksa. mak, jaga diri yer.. anis akan sentiasa utuskan doa untuk mak. kalau ada kelapangan anis akan balik perlis. mak kena kuat ye.. asal mak tahu, mak la nyawa anis...

Jumaat, 16 September 2011

preparation for tomorrow

esok MFH nak turn KL.. aku nak masak untuk dia sempena anniversary kali ke 6 nih.. aku taktau hadiah apa yang nak aku bagi kepada dia. kad ucapan mungkin lebih berharga dr sesuatu yang mahal? aku memang tak pandai nak pilih hadiah untuk dia.. kali ni aku plan aku nak bg kad dan msak makanan untuk dia. aku rasa macam ni lebih romantis.. dah 2 hari aku online just nak cari resepi.. biasalah.. aku kan pandai memasak (tangan didada Mata keatas) untuk sekian kalinya aku akan masak makanan ni.. selama ni aku tak pernah masak lagi. apa salahnya aku cuba.. aku sangat2 teruja nak masak kat dia.. semalam aku gi kedai beli bekas untuk letak makanan. aku beli 2.. cukup kot.. nanti tengahari aku nak kuar gi beli barang untuk masak... nak masak apa ye??

surprise!!
tunggu la esok... nanti aku upload.. :)

Selasa, 13 September 2011

meet him 11 september 2011

happy sgt dapat berjumpa MFH ahad lepas.. lucu sgt masa dia call bagitau dia amik tiket dari tempat dia ke KL kul6.30 pagi.. awai tuhh.. tak pernah dibuat dia selama ni. mula2 tu aku takmau percaya.. dia tuh suka sakat aku..bila dia buat suara serius,,,haruslah aku percaya..
tapi sayangnya pagi tuh aku lambat bangun.. iyela, hari sabtu kan aku jumpa member aku dari tengahari sampai malam. letih sangat rasa,,, tidur sampai tak sedar apa. agak lewak jugak tidur malam tu. hamapir kul2.. time tuh MFH pun duk tengok bola pastu terus senyap.. tertidur gamaknya... sebelum tu ada dia pesan mintak aku kejutkan dia kul7.30. tengah sedap tidur au boleh terjaga kul5.30 dan kejut dia.. (BERPEGANG PADA JANJI TAK??) huhu mujur first calling dia dah jawab call. kalau tak aku sambung tidur balik jawabnyer..hehe...
boleh pulak aku tertidur sampai kul8.40.. dia call kejut2 aku.. cam marah jer..hehe.. maaf ye sayangku... ngantuk la.. maaf cayang termungkir janji..memang cayang nak tunggu abang kat stesen titiwangsa tapi dah abg sampai dulu.. abg tunggu la sayang kat stesen IMBI.hehehe.. bila dia sampai aku terus salam dia.. kucup tangan dia.. serius cakap, aku takut sangat kalau dia marah atau masam muka.. aku takut mood aku pun terjejas pastu masing2 tak bercakap.. sangat tak best..
kteorang g makan kat low yatt.. sedap2.. pastu kteorang gi beli tiket wayang.. best sangat citer Hantu Bonceng.. memang tak nyesal la.. then kteorang main bowling.. 2 game beb.. okey, aku kalah.hehehehe.. saje jer kalahkan diri. wekk! erm..petang tu sedap jer dia tdur atas bahu aku. lenguh bahu aku dibuatnyer.. nak kejutkan tak sampai hati.. serius im happy with him.. muah!
sayang.. nak st65.. :(

Ahad, 11 September 2011

time square

10.9.11 kuar dgn kak cik n tashid.. best gak :)

tambah bila ingt zaman sekolah dlu..
sgt lucu..

Sabtu, 10 September 2011

balik KL

aku bangun tidur kul8.00 terus g mandi.. aku tengok mak dl tengah masak.. malu lak rasa anak dara bangun tidur lewat.hehehe.. pas mandi n pesiap aku kemas2 barang.. giler berat beg aku.. dalam kul9 makan kemudian kteorang gerak g stesen bus. sebelum tu singgah kedai sebab mak dl nk tukar periuk yang dia beli sebelum ni. katanya tak cukup.. finally sampai stesen bus. bus gerak kul11. best sangat dapat duit raya.hehehe first time aku naik bus bersembang dengan orang sebelah.. yela.. dah sebelah tu rumet.lalalala.. sampai jer kat sungai perak kteorang turun tandas...pastu nak kteorang makan nasi yang emak member tapaukan.. first time bawak bekal atas bus.. masalahnya driver bus gtau 30 minit jer.. gi tandas je dah 15 minit.. ape lagi.. trus makan sumbat sampai tak sempat kunyah sampai lumat.hehehe..

masa on the way aku sedih tengok eksident.. rasanya baru berlaku sebab polis dam ambulans pun tak datang lagi. sedih tengok 4 orang terbaring atas jalan.. ya Allah..sedihnye.. selamatkan mereka.. jauhkan aku dan insan2 yang aku sayang dari kecelakaan.amin.... sedihnyer....

masa kat plaza tol sungai buloh lak ada lori terbalik. teruk giler jammed.... sampai jer duta terus amik teksi balik umah. baik sangat driver teksi tu tolong angkat beg aku yang berat.. kalau driver lain jangan harap la.. sampai jer umah meniarap jap terus g mid valley cari barang.. banyak gak yang aku beli. sume tu barang keperluan.. tak niat nak membazir pun.. aku nak beli kamera.. nak sangat2.. hmm... . nak gak kamera.. :(

finally dapat gak tilam... lucu kan?? dah final year baru beli tilam.. ermm...final year ke???? bukan kene extend??hahaha.. sekarang dh kul baper aku lom tidur lagi.. tengah tunggu member kemas barang. giler berselerak bilik.huhu terbaik la.... waa..ngantuk!!

seharian di Sungai Petani

8 september.. selamat sampai ke sungai petani rumah rumett. sangat meletihkan sepanjang perjalanan tu.. rasa bersalah sangat pada mak abah sebab diorang kena hantar aku ke shahab perdana, alor star.. agak jauh beseri dengan alor star.. ambil masa sejam. ayah aku lak terpaksa ponteng kerja separuh hari. hmm.. terima kasih emak abah.. masa sampai kat alor star tetiba jer sakit perut. tak pasal2 kena tinggal bus. takper ada next bus.. alor star ke sungai petani abah cakap 15 minit sekali..tapi mak abah terpaksa balik dulu sebab adik balik sekolah kul10. tinggal la aku seorang kat situ.. masa nak salam tu aku sedih + sebak jer.. tapi aku tahan airmata. aku taknak jatuhkan airmata depan diorang. aku tau, mak abah pun sedih aku akan pergi jauh.. tapi aku pergi untuk masa depan aku jua..

perjalanan dari alor star ke SP sangat memenatkan.. bus paling teruk pernah aku naik..  dah la bus henti2.. aku lak dok depan sekali. sambil pegang beg yang berat tu.. bila ada penumpang tahan, bus pun berhenti then bila nak gerak tu terus masuk gear 3. memang lambat la.. aku tengok pun stress inikan pulak si pemandu. haishhh.. yang lucunya bila konduktor cakap "jalan" then si pemandu bus ni marah "hoi nak jalan camner gear pun tak masuk".. sangat melucukan..tetapi bus ni laju gak. takut aku.. yang kelakar bila kat trafik light, 2 kali lampu hijau pun bus sangkut lagi.. yela... lambat giler kan nak gerak bila masuk gear 3 terus. kesian kereta yang follow belakang.. hahaha.. aku risau gak takut bus tu meletup. iyela.. hangit jer bau.. yang buat aku tension bila sepanjang perjalanan dari yan ke sp dia pasang lagu tamil. dah nak sampai bandar sp dia pasang radio klasik nasional lagu dari citer sabarudin tukang kasut. giler stress.. tapi yang aku tak boleh lupa bila ternampak 1 kedai ni. agak lucah namanya.. nak tau ape??
















jeng...
























jeng




































jeng
















































owh..kalau lucah ni laju jer korng tekan yer







































yela2..aku gtauuuuu!!!






A.MANI ENTERPRISE

cam haremm kn??hahaha
aku jer kot yang pikir lucah.. mungkin nama pemilik syarikat tu ahmad mani ke.. hahahaha
jahat aku ni...

finally sampai gak SP.. dlt datang jemput then terus ke umah dia.. haruslah tak brenti.. my pundi kencing dah full. kalau naik bus tu terhentak lagi konfem terkencing atas bus.huahuahua..


pas solat zohor kteorang g beraya umah member dia, pastu g pantai merdeka.. amik gambar sekeping dua pastu terus g ambik mak dia kat SMK Kuala Muda. lepas tu kteorang g umah kak dia, g makan terus balik rumah mandi.. pastu keluar lak beraya umah member mak memberku.. faham??haha.. sampai umah jer terus aku tido.. sempat bergayut jap dengan MFH.. aku call dlm kul11 tak silap.. ngantuk giler masa call tu. tapi taknak letak sebab takut MFH ingat aku kedekut kredit lak.. huhuhu pas bercakap terus tertido.. ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Rabu, 7 September 2011

malam terakhir di perlis.. esok aku akan berangkat ke sungai petani kemudian ke kuala lumpur.. sedih.. berat hati ni nak tinggal keluarga tersayang. tapi semua ini untuk masa depan aku..aku janji semester ni aku akn buat yang terbaik.. aku takmau main2 lagi.. biarlah ada yang pelik dengan perubahan aku.. aku tak peduli.. ini semua demi keluarga dan MFH.. aku janji akan beri yang terbaik untuk dia.. pada sahabat aku yg menyokong aku dibelakang, aku ucap ribuan terima kasih.. aku syg korang.. :)

Isnin, 5 September 2011

Sabtu, 3 September 2011

CIRI-CIRI WANITA YANG SETIA PADA KEKASIHNYA

1. menerima kamu apa adanya

2. selalu menghargai apa yang ada di hati dan pikiran kamu

3. selalu berusaha untuk tidak menyakiti dan mengecewakan kamu

4. selalu berusaha memberikan yang terbaik walau dia merasa mungkin di mata kamu dirinya bukan yang terbaik

5. selalu ada buat kamu

6. tidak pernah menuntut kamu untuk mengikuti semua kemahuannya

7.selalu menjaga hubungan kalian agar tetap awet dan syukur sampai berlabuh ke pelaminan

8.tidak hanya dijadikan kekasih, bahkan sebagai teman,sahabat dan kawan pun dia mau

9.dan yang pastinya dia mencintai juga menyayangi kamu tulus dan semata-mata hanya kerana Allah SWT

hipokritnye aku...!!!!

entry nih agak sedih... baik sedia tisu sebelum baca.. (ayat poyo nak mammmmxxx HUHUHU)


tadi petang masa keluar denga MFH dan sahabat dia, tersembang pulak soal kawin.. yela.. sahabat MFH tu tak lama lagi dah nak kawin.. aku tahu MFH terasa hati bila aku bercakap seolah2 aku tak nak kawin dengan dia.. aku kata umur aku masih muda 22 tahun la.. kalau ada jodoh la.. entah2 sahabat dia pun merasakan seolah-olah aku tak bersungguh2 bercinta dengan MFH..biar aku jelaskan kenapa aku bercakap macam orang takde akal...

sayangku, MFH..
asal kamu tahu, MFH itu bermaksud MY FUTURE HUBBY.. sesungguhnya, kaulah masa depan aku.. kaulah suami aku nanti.. dunia akhirat aku mencintai kamu.. hanya kamu.. tiada lelaki lain yang bertakhta dalam hati aku.

sayangku, MFH..
sudah 6 tahun kita bercinta.. kau tahu betapa aku mengharap pada kau.. kau lelaki.. aku wanita... semua terletak atas tanganmu.. aku cuma mengharap kau yang bertindak. aku pasti akan berada dibelakangmu.. menuruti semua keinginanmu..takkan aku yang nak "push" kamu.. kamu pun faham kan? aku wanita.. yang masih ada sifat ketimuran.. kemaluan..opps!! maksudku malu...aku malu untuk mnyuruh, meminta, memaksa, mendesak, memohon (dan sewaktu dengannya) untuk kau  melakukan "sesuatu".. dan aku pasti kau pun tahu apa yang aku maksudkan..

bila kawan2mu bertunang, berkahwin.. aku terasa.. aku nak jugak alami semua tu.. tapi aku mengerti keadaan kita sangat sukar.. tak semudah mereka.. aku redha.. aku terima dengan ikhlas dugaan ni. mungkin ini semua terbaik untuk kita.. mungkin juga untuk mereka...

sahabatmu tak tahu keadaan kita sebenar.. dan dia juga tak tahu perasaan aku.. takde siapa yang tahu atau akan tahu luka dalam hatiku.. takde sayang... apa yang aku mampu buat adalah terus sabar menunggu saat itu. aku sentiasa berdoa mengharap kau menjadi milikku yang sah..  tapi rezeki itu bukan milik kita.. siapa aku untuk melawan takdir??? aku juga ingin merasakan nikmat sebuah ikatan... aku cuma mampu berdoa pintu hati mereka terbuka untuk aku. aku insan yang hina.. yang serba kekurangan... tapi aku juga punya perasaan...

tak mungkin aku mencerita atau memberitahu tentang itu kepada mereka yang bertanya tentang soal nikah kawin kita? seolah2 membuka aib antara kedua-dua pihak.. aku tak mahu mencalarkan hati sesiapa.. biarlah hanya hati aku yang terluka... selagi aku mampu bertahan, aku akan kuat bertahan...

hanya itu yang aku mampu jawab.. aku masih muda.. dan tidak bersedia...biarlah orang nak cakap aku tak matang, tak fikir panjang, tak serius, tak apa ke.. terserahlah..

hakikat sebenar hanya aku dan Allah yang tahu.. aku ingin secepat mungkin jadi isteri dia.. bukan sehingga aku aku tamat belajar atau apa ke.. maafkan aku yang menipu...



jejalan beraya

semalam ceq pegi beraya kat Baling nuh.. jauh gak. serius letih ceq drive.. mujo ceq bawak estima.. takdelah lambat sangat. tekan 120 dan 140 jer.hehe.. sampai baling kul5.30, kul7.30 dah gerak ke kepala batas jitra nuh. pegi umah maksu.. sampai dah kul10. lapar giler.. ingatkan dapat makan nasi.. tapi jamu bihun sup, mee goreng.. apelagi..plahap la... sampai tertidur.. ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz...

teiba MFH call and mesej tanye cayang dia kat mane? (gedik tak ceq?HAHAHA) rindu la tu.... jap ye sayang, jap lagi ceq balik perlis. kul11 ceq pecut balik perlis kul12 sampai rumah.. tak sampai 15 minit pastu MFH pun datang.. dia bawak burger 6 biji.. best sangat duduk dengan dia sampai kul2.30 am.. ikut hati tankak bagi MFH balik tau.. :(

p/s: JANGAN GEDIK MACAM CEQ, OKEY!! :p

raya ke 4

hari ni hari yang paling gembira dalam hidup aku.. dapat kuar jejalan dengan MFH dan sahabat dia. walaupun masa kat Padang Besar aku tak jalan dengan dia tapi aku happy sebab aku kuar dengan dia. sedap sangat makan kuewteaw sup tadi... lepas tu masa balik singgah tasoh amik gambar dengan MFH dan sahabat dia.. happy sangat... pastu diorang g solat and g shpping.. tinggal aku jap kat umah.. kul8 diorang datang amik aku kteorang kuar dinner sama2. aku pakai bukan main ranggi lagi.. ingat jadila mcm yang dijanjikan nak ke kuala perlis. dah la aku teringin sangat nak makan sotong goreng tepung. lastly cancel pegi setakat restoran murna aje.. sebabnya MFH kena berangkat balik KL kul10 malam. hmm... sedihnyer... i will missing you... nanti kat KL kte jumpa lagi ye syg..??

Khamis, 1 September 2011

raya ke 3

hari ni puas hati betul.. sehari dengan MFH. lepas gak dendam.. thanx sayangku bayar balik "HUTANG DATING" denganku...lepas pusing perlis (IYEKE??HAHAHA) kita gi bergambar kat TASOH LAKETOWN RESORT sambil rencana masa depan kita.. pastu gi makan kat restoren MURNA pastu balik umah sayang solat kat umah, tengok berita pastu mak jamu MFH makan kat umah lak. kul10 dia balik. bahagia sangat....... :)

hari bahagia

31 ogos 2011

semalam raya ke 2, pagi tuh aku kejut MFH bangun tidur..kuat batul dia tidur. hehe tengah sedap2 mesej dengan dia tetiba dia silap send mesej kat aku.. katanya nak pegi cari cinncin. rupanya kawan baik dia nak merisik  girlfriend dia.. wawawa. tetiba aku jelez... bukan sebab aku syok kat kawan dia la.. tapi aku jeles dia dah nak ada ikatan tapi aku dengan MFH takde pape lagi... tapi aku tak kisah la sangat sebab aku baru 22 tahun, muda lagi okey!! huhu... tahniah la.. aku tersentap bukan apa, kawan2 dia jap couple, jap putus..pastu tup tup tup dah bertunang dan menikah.. tapi kiteorang??? hahh... gatal betul aku.. tapi masa raya pertama my ABAH ada cakap dia tak bagi aku bertunang lama2, kalau nak bertunang pun terus kawin dan kalau boleh biarlah aku dah kerja.. so boleh la aku tumpu study and keje dulu then baru fikir soal kawin. tak gitu??

yang tak bestnyer hari tu kteorang gaduh.. memang teruk gila2..sampai aku bahasakan abg anis dengan dia. dah takde sayang cayang lagi.. aku marah betul sebab dia tak datang umah aku. sikit2 kuar dengan member dia. cemburu buta kan aku nih.. aku bukan apa, kalau boleh biarlah adil.. klu jumpa member kena jumpa dengan aku plak pastu.. hehe

memang teruk gak gaduh sampai dia cakap dia pun malas nak gaduh dengan aku.. aku stop mesej dengan dia dan dia pun tak pujuk aku.. (padan muka aku kan??) pastu aku kemas barang then pegi umah my sahabat.. aku memang tak boleh dok umah waktu tuh.. aku berharap dia datang kat aku. setiap kali dengar moto jer mesti aku bajet dia yang datang. tapi dia tak datang.. sedih tau....

petang dan malam tu banjir la rumah sahabat aku tuh.. aku nangis betul2 bila cerita kat dia. dia pun bagi semangat kat aku.. katanya aku kena banyak sabar. setiap apa yang MFH buat tu mesti ada sebab dan alasan.. malam tuh kteorang lepak kat rosnani tomyam. airmata asyik mengalir dipipi bila tengok henset takde mesej dari MFH. aku terlalu berharap dia mesej aku.. tapi dia diam ajer..sampai hati dia. tiba2 sahabat tu suruh aku call MFH dan tanya dia kat mana. memang aku taknak call tp sahabat aku cakap aku kena mengalah, letak ego tepi. mungkin ni saat dia nak uji aku.. 5 tahun lepas dia selalu pujuk2 aku tetapi kenapa sekarang tak aku pulak buat macam tu kat dia?? betul jugak...

dengan ego yang rendah aku call MFH tanya dia kat mana. then dia tanya aku kat mana.. aku pun cakap la aku kat ROSNANI TOMYAM then dia cakap dia nak datang.. aku tanya "KENAPA NAK DATANG LAK" then dia jawab "ADELA...." (penuh makna) aku takut gak dia datang nak putuskan aku ke.. (YA ALLAH JAUHKANLA HUBUNGAN NI DARI PERPISAHAN) .. 10 minit pastu dia datang.....

dia call tanya aku kat meja mana then aku cakap kat meja tengah. waktu tu senak perut aku dok gelak ape entah dengan sahabat aku... pastu dia datang dok sebelah aku... aku dah malu2 waktu tuh.... hehe dia lak dok usha2 aku.. aku nampak la... walaupun aku tak pandang muka dia tapi aku dok kerling gak tengok MFH yang comel tu.hehe... aku tak pandang pun muka dia...

tetiba dia amik sesuatu dalam poket jeans dia. aku pun pelik nape tetiba jer...dia keluarkan 1 kotak ni... bagi kat aku.. aku tengok ade kerongsang dan..............................GELANG EMAS!!!! OMG!!!! aku tak terduga pun dia sanggup belikan barangan berharga tu kat aku. sweetnye.... bersaksikan sahabat aku dia pakaikan gelang tu untuk aku. dia cakap nanti doa2kan la dia dapat bonus lagi. hehehe.. cantik sangat kerongsang tu sebab mutiara sabah. aku suka..... aku cium bahu dia.. dok borak2 lepas tu (TAK MERAJUK DAH) hehe.... kemudian masa nak balik aku nak g bayar.. ingat dia nak tolong bayar kat aku dan sahabat aku makan.. dia buat taktau jer kat aku..huhuhu aku pun dengan langkah longlai gi bayar.. mahal siot..  2 orang makan RM29.50.HUH!!!!! takpela.. makan pun dah kenyang..

pastu dia hantar aku dan sahabat aku gi parking. aku tak salam pun tetiba dia tanya "sayang taknak beraya dengan abang ke?" aku pun salam dengan dia.. tetiba rasa de kertas dalam tangan dia.. wah... aku dapat duit raya!! RM50 dari dia. happynye aku... cam nak nangis jer. masa balik dia follow aku sampai aku lintas jalan. malam tu bahagia rasanya.. sebelum tidur dia call, lama sangat bergayut sampai bateri habis. kemudian mesej pulak...sampai aku tertidur.. aku tidur lena malam tu.. bahagia sangat... i love you!!!