Sabtu, 3 September 2011

hipokritnye aku...!!!!

entry nih agak sedih... baik sedia tisu sebelum baca.. (ayat poyo nak mammmmxxx HUHUHU)


tadi petang masa keluar denga MFH dan sahabat dia, tersembang pulak soal kawin.. yela.. sahabat MFH tu tak lama lagi dah nak kawin.. aku tahu MFH terasa hati bila aku bercakap seolah2 aku tak nak kawin dengan dia.. aku kata umur aku masih muda 22 tahun la.. kalau ada jodoh la.. entah2 sahabat dia pun merasakan seolah-olah aku tak bersungguh2 bercinta dengan MFH..biar aku jelaskan kenapa aku bercakap macam orang takde akal...

sayangku, MFH..
asal kamu tahu, MFH itu bermaksud MY FUTURE HUBBY.. sesungguhnya, kaulah masa depan aku.. kaulah suami aku nanti.. dunia akhirat aku mencintai kamu.. hanya kamu.. tiada lelaki lain yang bertakhta dalam hati aku.

sayangku, MFH..
sudah 6 tahun kita bercinta.. kau tahu betapa aku mengharap pada kau.. kau lelaki.. aku wanita... semua terletak atas tanganmu.. aku cuma mengharap kau yang bertindak. aku pasti akan berada dibelakangmu.. menuruti semua keinginanmu..takkan aku yang nak "push" kamu.. kamu pun faham kan? aku wanita.. yang masih ada sifat ketimuran.. kemaluan..opps!! maksudku malu...aku malu untuk mnyuruh, meminta, memaksa, mendesak, memohon (dan sewaktu dengannya) untuk kau  melakukan "sesuatu".. dan aku pasti kau pun tahu apa yang aku maksudkan..

bila kawan2mu bertunang, berkahwin.. aku terasa.. aku nak jugak alami semua tu.. tapi aku mengerti keadaan kita sangat sukar.. tak semudah mereka.. aku redha.. aku terima dengan ikhlas dugaan ni. mungkin ini semua terbaik untuk kita.. mungkin juga untuk mereka...

sahabatmu tak tahu keadaan kita sebenar.. dan dia juga tak tahu perasaan aku.. takde siapa yang tahu atau akan tahu luka dalam hatiku.. takde sayang... apa yang aku mampu buat adalah terus sabar menunggu saat itu. aku sentiasa berdoa mengharap kau menjadi milikku yang sah..  tapi rezeki itu bukan milik kita.. siapa aku untuk melawan takdir??? aku juga ingin merasakan nikmat sebuah ikatan... aku cuma mampu berdoa pintu hati mereka terbuka untuk aku. aku insan yang hina.. yang serba kekurangan... tapi aku juga punya perasaan...

tak mungkin aku mencerita atau memberitahu tentang itu kepada mereka yang bertanya tentang soal nikah kawin kita? seolah2 membuka aib antara kedua-dua pihak.. aku tak mahu mencalarkan hati sesiapa.. biarlah hanya hati aku yang terluka... selagi aku mampu bertahan, aku akan kuat bertahan...

hanya itu yang aku mampu jawab.. aku masih muda.. dan tidak bersedia...biarlah orang nak cakap aku tak matang, tak fikir panjang, tak serius, tak apa ke.. terserahlah..

hakikat sebenar hanya aku dan Allah yang tahu.. aku ingin secepat mungkin jadi isteri dia.. bukan sehingga aku aku tamat belajar atau apa ke.. maafkan aku yang menipu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan