Selasa, 30 Ogos 2011

kita raya lagi :)

selamat hari raya aidilfitri.. alhamdulillah dapat gak menyambut aidilfitri bersama keluarga tersayang. mak, abah, ceq mintak maaf atas segala dosa ceq atas diri mak abh, maaf gak untuk adik2 tersayang..kalau kakak tergarang, tertengking, termarah.. kak cuma nak yang terbaik untuk adik2 kak. kak happy sangat hari nih.. akhirnya dapat lihat keakraban adik2 kak. kak sedih tengok adik beradik tak bertegur sapa. dua-dua kak sayang..tak boleh nak beza mana lebih mana kurang. sebab tu kak selalu marah2 sebab kak terluka tengok adik beradik tak bertegur sapa.. kesian kat mak abh.. abah pernah kata nak tengok anak2 dia macam dulu. alhamdulillah semuanya dah baik2 belaka.. abg sham, anis mintak maaf jugak. anis nak yang terbaik untuk abg, bila tu jalan yang abg pilih anis ok jer.. kalau abg gembira dengan apa yang abg ada, anis tumpang gembira. doa adik beradik abg.. nak tengok sedara darah daging dia gembira. semoga kita menjadi ahli keluarga yang gembira..
dear my MFH, terima kasih untuk aidilfitri kali ni kau masih bersamaku, menemani hari2ku.. dah 6 tahun sayang...aku bahagia menjadi kekasihmu.semoga aidilfitri akan datang aku tetap menjadi milikmu.. sayangku, maafkan semua salah silap dosaku sepanjang perhubungan kita.. maaf atas segala kekhilafanku atas niat atau tanpa niat. aku tak bermaksud melukaimu cuma aku manusia biasa yang kadangkala penuh ego dan marah. aku sayang kamu..
juga buat sahabat dan kawan2ku.. maaf andai aku terabai kalian, tak prihatin dan agak jauh dari kalian. sesungguhnya aku tak bermaksud.. semoga aidilfitri kali ini akan kembali bertaut dahan2 yang telah rapuh, kembali segar bunga yang layu.. 
selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan