Jumaat, 19 Ogos 2011

MAAF dari HATI

maafkan aku yang selalu marah-marah,
maafkan aku yang membebel tak sudah-sudah,
maafkan aku yang taknak mengalah,
maafkan aku,
aku yang salah..

aku selalu buat kau bosan,
aku selalu buat kau tertekan,
maafkan aku,
aku yang tak perasan..

 maafkan semua kekhilafan itu,
tak pernah terniat menyakiti hatimu,
mungkin emosiku yang tak menentu,
kerana terlalu mengharap kau jadi milikku..

mungkin bukan masanya untuk kita,
mungkin ada untuk kita,
mungkin tiada untuk kita,
namun aku tetap mengharap kita bersama,
menjalani hari muda dan hari tua..

terlalu lama kita bersama,
tangis sendu dan gelak tawa,
hanya kita berdua yang rasa
betapa bahagianya kita..

namun dugaan sentiasa datang,
menguji aku yang belum matang,
namun yang sebenarnya ujian itu adalah peluang,
agar aku lebih kuat pada masa mendatang,

akan ku pujuk hati yang sepi,
akan ku bawa lara pergi,
akan ku jalani hari yangsunyi,
tanpa dia disisi..

aku perlu kuat,
menjadi wanita hebat,
yang akan dia ingat,
saat hilang semangat..

Gadis, tegarkan hatimu untuk dia.. jangan kerana marah, ego dan dendam yang kau simpan akan mengikis tembok cinta yang telah dibina selama 6 tahun. buanglah segala sesalmu, lupakan segala silap itu dan maafkan dia dengan seikhlasnya. disaat itu baru kau merasakan betapa tenangnya hatimu tanpa rasa yang menyakitkan. k dia pasti akan menghargai tindakanmu.. bersabarlah gadis.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan