Rabu, 17 Ogos 2011

"Penantian Seorang Gadis" ~_~

kenapa kasi nama Penantian Seorang Gadis? waduh2... guane nak explain yek.. ekceli, ceq pun xtau nak kasi nama apa.. segan pulok nak letak nama sendiri. bukan apa, ceq takmau la jadi artis diusia muda cenggini (padahal takde follower pun! haha) ok2, kali ni ceq nak serius..

sebagai seorang gadis, pasti banyak impian yang diingini..  usah jadi manusia andai hidup tanpa impian dan cita-cita. sebenarnya angan-angan sangat diperlukan dalam menjalani kehidupan sebagai makluk Allah dimuka bumi ini. tetapi harus diingat, usah menjadi seperti Mat Jenin yang mengangankan sesuatu yang teramat besar, hidup dalam khayalan tanpa usaha apatah lagi doa kudus kepada penciptaNya. meskipun ia hanya sebuah kisah dongeng namun jadikan itu sebagai panduan dalam mengorak langkah atas dunia yg penuh pancaroba ini (hualamakkk... pe ceq dok melaluit nih hahh?? sabo jer laa!)

mesti kalian merasakan ceq sedang menanti cowok-cowok gantang datang melamar, pasti ada yang menganggap ceq ni pemburu cinta, yang menanti Cinta Sejati. OMG!! takper.. teruskan judge me okey! sebenarnya banyak benda yang ceq impikan, ingini, mahukan.. banyak sesangat! sekarang ceq berusaha dapatkan sekiranya Allah itu mengizinkan.. makanya ceq jadi seorang gadis yang menanti.. yang menanti impian dan cita-cita terkabul. insyaAllah... so, terciptalah "Penantian Seorang Gadis"

apa yang ceq nak?? uihh.. syok soalan ni.. tambah lak kalau jawab soalan ni atomatik leh jadi kenyataan. kihkihkih impossible la.
  1. dapat kerja
  2. dapat duit
  3. tolong parent & adik beradik
  4. ada rumah
  5. ada kereta
  6. ada harta
  7. ada keluarga
yang pertama tu penting babe, takde yang pertama susah la nak dapatkan yang kedua dan seterusnya.. semuanya berkait.. sebab tu ceq selalu memotivasikan diri sendiri. almaklumlah.. ceq pernah gagal suatu ketika dulu, tapi the past is past! now, looking forward! sekarang dah ada peluang belajar kat Menara Gading nuh, belajar tol2.. takmau dah main2.. sumpah ceq serik.. sekarang penantian seorang gadis ni ialah nak dapat dekan, insyaAllah, nak naikkan pointer, insyaAllah, dan nak cepat2 dapat ijazah,insyaAllah.. bila semuanya baik2 belaka, insyaAllah mudah untuk ceq get  the job! and then get the money! kata orang "WANG BUKAN SEGALA-GALANYA" kata mereka "WANG TAK BOLEH BELI CINTA DAN KEBAHAGIAAN".. pada ceq, ni ayat orang yang malas berusaha, mudah berputus asa, orang yang taktau bersyukur, taktau menghargai sesuatu dalam genggaman..

pada ceq, SEGALA-GALANYA MEMERLUKAN WANG! jangan hipokrit la nak menyangkal statement nih.. nak mati pun perlukan duit.. kain kapan, keranda bagai... so, jangan menyusahkan orang lain dengan prinsip wang bukan segala2nya tuu..(macam kejam jer ayat ceq nih) masih teringat 1 moment lucu masa kat KLCC suatu ketika dulu..
                 ....................masa jejalan dengan my future hubby kat tingkat bawah tu, tetiba rasa nk ke toilet.. dengan bergayanya melangkah masuk toilet sebab dah tak tahan. sampai depan pintu tandas de kakak ni jaga tandas. eh, pelik gak.. sejak bila tandas kat KLCC kena bayar ni.. before ni tak pernah pulok. baru teringat rupa-rupanya before nih selalu pegi tandas tingkat atas. so,nak taknak kena bayar la.. bukan 20sen ok.. RM2. huii...mahal2.. boleh beli tiket LRT dari Masjid Jamek ke Stesen Universiti!!.hahaha....................... moral of story-->> NAK BUANG AIR PUN KENA BAYAR! klu xnak, kuar jejalan pakai pampers.haha

Bang, muka kacak duit takde tak main babe.. kekacakkan lelaki terletak pada poketnya!! (gila ganaih ayat ceq nih) seyesli... ceq x suka lelaki yang bajet je  hensem tapi habuk pun tarak.. please, be a goodman. takkan kuar dating awek sponser semuanya?? nanti dah de anak isteri nak bagi diorang makan ape? abang2 sekalian, lu pikir dengan muka lu yg hensem boleh beli beras sekilo? lu kasi ayat "kasi beras sekilo tp gua takde duit, gua ade rupa".. agak2 lu lepas tak? lu pikirla sendiri! (cam prejudis je aku nih)



ade lak cakap WANG TAKKAN DAPAT MEMBELI KEBAHAGIAAN.. ni mesti cinta jarak jauh nih.. ada wang pelepas habuan bil telepon je.. gitu dop?? haha takkan takde rasa nak bawak chikaro tengok wayang ke, g shopping ke.. bahagia ke setakat mesej jer? setahun dua boleh kot tahan... tak gitu? bagus la klu wujud manusia cenggitu lagi di zaman ini.. tapi tindakan tu agak tak menjana ekonomi negara.hehe

jadi wanita "kuat". kuat dari pelbagai segi.. kuat mental dan fizikal.. sabar menjalani kehidupan ni. jadilah wanita yang berdiri diatas kaki sendiri. tidak terlalu bergantung kepada lelaki 100%. jadilah wanita yang bekerjaya. apabila sudah berumahtangga, sedikit sebanyak dapat membantu suami.. membantu keluarga. sekurang2nya apa yang kita hajati akan dapat kita penuhi melalui hasil titik peluh sendiri.. tidak menyusahkan siapa-siapa. pasti akan ada yang mengatakan "apa guna ada laki tak boleh bagi apa bini nak".. amboi2.. kata-kata itu sedikit sebanyak telah membuka aib suami. sesungguhnya Allah melaknat isteri yang menceritakan aib suami kepada orang lain. disinilah peranan kita sebagai wanita berfikir sejenak. hanya suami seorang je yang bekerja, nak kena bayar rumah, bayar kereta, beli barang keperluan rumah, susu anak, belanja anak.. bantulah suami anda.. pasti dia akan rasa bertuah dan berbangga mempunya isteri seperti anda. sebelum kahwin tak fikir panjang, bila dah kawen mula merungut itu dan ini.. mari sama2 kita muhasabah diri.. minta petunjuk dariNya mana baik dan mana buruk. insyaAllah...

penat tol melalut.. next tima jumpe lagi ok.. renung2kan dan selamat bramal.. before tamat entry ni, nak kasi pantun la...

"Titi Tinggi takde titi,
jangan amik hati"

wasalam.. :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan