Khamis, 1 September 2011

hari bahagia

31 ogos 2011

semalam raya ke 2, pagi tuh aku kejut MFH bangun tidur..kuat batul dia tidur. hehe tengah sedap2 mesej dengan dia tetiba dia silap send mesej kat aku.. katanya nak pegi cari cinncin. rupanya kawan baik dia nak merisik  girlfriend dia.. wawawa. tetiba aku jelez... bukan sebab aku syok kat kawan dia la.. tapi aku jeles dia dah nak ada ikatan tapi aku dengan MFH takde pape lagi... tapi aku tak kisah la sangat sebab aku baru 22 tahun, muda lagi okey!! huhu... tahniah la.. aku tersentap bukan apa, kawan2 dia jap couple, jap putus..pastu tup tup tup dah bertunang dan menikah.. tapi kiteorang??? hahh... gatal betul aku.. tapi masa raya pertama my ABAH ada cakap dia tak bagi aku bertunang lama2, kalau nak bertunang pun terus kawin dan kalau boleh biarlah aku dah kerja.. so boleh la aku tumpu study and keje dulu then baru fikir soal kawin. tak gitu??

yang tak bestnyer hari tu kteorang gaduh.. memang teruk gila2..sampai aku bahasakan abg anis dengan dia. dah takde sayang cayang lagi.. aku marah betul sebab dia tak datang umah aku. sikit2 kuar dengan member dia. cemburu buta kan aku nih.. aku bukan apa, kalau boleh biarlah adil.. klu jumpa member kena jumpa dengan aku plak pastu.. hehe

memang teruk gak gaduh sampai dia cakap dia pun malas nak gaduh dengan aku.. aku stop mesej dengan dia dan dia pun tak pujuk aku.. (padan muka aku kan??) pastu aku kemas barang then pegi umah my sahabat.. aku memang tak boleh dok umah waktu tuh.. aku berharap dia datang kat aku. setiap kali dengar moto jer mesti aku bajet dia yang datang. tapi dia tak datang.. sedih tau....

petang dan malam tu banjir la rumah sahabat aku tuh.. aku nangis betul2 bila cerita kat dia. dia pun bagi semangat kat aku.. katanya aku kena banyak sabar. setiap apa yang MFH buat tu mesti ada sebab dan alasan.. malam tuh kteorang lepak kat rosnani tomyam. airmata asyik mengalir dipipi bila tengok henset takde mesej dari MFH. aku terlalu berharap dia mesej aku.. tapi dia diam ajer..sampai hati dia. tiba2 sahabat tu suruh aku call MFH dan tanya dia kat mana. memang aku taknak call tp sahabat aku cakap aku kena mengalah, letak ego tepi. mungkin ni saat dia nak uji aku.. 5 tahun lepas dia selalu pujuk2 aku tetapi kenapa sekarang tak aku pulak buat macam tu kat dia?? betul jugak...

dengan ego yang rendah aku call MFH tanya dia kat mana. then dia tanya aku kat mana.. aku pun cakap la aku kat ROSNANI TOMYAM then dia cakap dia nak datang.. aku tanya "KENAPA NAK DATANG LAK" then dia jawab "ADELA...." (penuh makna) aku takut gak dia datang nak putuskan aku ke.. (YA ALLAH JAUHKANLA HUBUNGAN NI DARI PERPISAHAN) .. 10 minit pastu dia datang.....

dia call tanya aku kat meja mana then aku cakap kat meja tengah. waktu tu senak perut aku dok gelak ape entah dengan sahabat aku... pastu dia datang dok sebelah aku... aku dah malu2 waktu tuh.... hehe dia lak dok usha2 aku.. aku nampak la... walaupun aku tak pandang muka dia tapi aku dok kerling gak tengok MFH yang comel tu.hehe... aku tak pandang pun muka dia...

tetiba dia amik sesuatu dalam poket jeans dia. aku pun pelik nape tetiba jer...dia keluarkan 1 kotak ni... bagi kat aku.. aku tengok ade kerongsang dan..............................GELANG EMAS!!!! OMG!!!! aku tak terduga pun dia sanggup belikan barangan berharga tu kat aku. sweetnye.... bersaksikan sahabat aku dia pakaikan gelang tu untuk aku. dia cakap nanti doa2kan la dia dapat bonus lagi. hehehe.. cantik sangat kerongsang tu sebab mutiara sabah. aku suka..... aku cium bahu dia.. dok borak2 lepas tu (TAK MERAJUK DAH) hehe.... kemudian masa nak balik aku nak g bayar.. ingat dia nak tolong bayar kat aku dan sahabat aku makan.. dia buat taktau jer kat aku..huhuhu aku pun dengan langkah longlai gi bayar.. mahal siot..  2 orang makan RM29.50.HUH!!!!! takpela.. makan pun dah kenyang..

pastu dia hantar aku dan sahabat aku gi parking. aku tak salam pun tetiba dia tanya "sayang taknak beraya dengan abang ke?" aku pun salam dengan dia.. tetiba rasa de kertas dalam tangan dia.. wah... aku dapat duit raya!! RM50 dari dia. happynye aku... cam nak nangis jer. masa balik dia follow aku sampai aku lintas jalan. malam tu bahagia rasanya.. sebelum tidur dia call, lama sangat bergayut sampai bateri habis. kemudian mesej pulak...sampai aku tertidur.. aku tidur lena malam tu.. bahagia sangat... i love you!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan